Cari:
China dan ASEAN Beri Perhatian kepada Pembangunan Hutan di Bandar
2011-11-14 15:05:00 CRI Cetak

Bagaimana melindungi hutan di kawasan bandar yang penduduknya ramai menjadi fokus hangat dalam Forum Hutan Bandar China-ASEAN baru-baru ini. Perkara ini dijangka menjadi salah satu usaha kerjasama baharu antara kedua-dua pihak untuk memastikan pembangunan bandar ke arah rendah karbon dan lebih selesa untuk kehidupan manusia.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Negara, Zhao Shucong berkata, mewujudkan kawasan perbandaran yang rendah karbon dan mesra alam antara usaha yang perlu dilakukan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk dan menjayakan pembangunan secara santifik. Kadar liputan hijau bandar China mencatat 38.22% setakat ini, dengan per kapitanya 10.66 meter persegi. Hutan sudah dianggap salah satu faktor untuk meningkatkan prestasi sesebuah bandar.

Usaha merealisasikan ASEAN yang hijau dan bersih juga digariskan dalam matlamat ASEAN menjelang tahun 2020. Ketua Biro Hutan Sosial Jabatan Perhutanan Diraja Thailand menyarankan China dan ASEAN memperluas kerjasama dalam bidang perlindungan alam sekitar dan berusaha bersama-sama membangunkan bandar yang selesa untuk hidup.

Penolong Menteri Alam Sekitar dan Sumber Alam Filipina pula berkata, keselesaan penduduk bandar terjejas akibat proses perindustrian, terutamanya pencemaran oleh gas lepasan kenderaan dan bunyi bising. Oleh itu, kawasan bandar dikatakan lebih memerlukan hutan yang boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Dalam konteks ini, kerajaan Filipina telah menjalankan pembangunan hutan bandar di seluruh negara dengan membina taman hutan mini, menanam pokok-pokok di sekolah dan taman serta menggalakkan pihak pemaju hartanah menanam pokok-pokok di kawasan kediaman penduduk.

Ketua Pengarah Biro Perhutanan Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Kemboja juga menyeru pelbagai negara bekerjasama untuk mengelakkan pembangunan bandar kepada perubahan iklim. Beliau mencadangkan China dan ASEAN terus menerokai potensi kerjasama dalam memajukan bahan bakar biologi.

Pegawai Kementerian Pertanian dan Perhutanan Laos pula berkata, Laos menghadapi cabaran yang semakin serius dalam melindungi kawasan berumput di kawasan bandar berikutan kegiatan pelaburan yang makin bertambah. Oleh yang demikian, pihaknya memberikan tumpuan kepada usaha penghijauan di bandar dan menyasarkan kadar liputan hutan bandar mencatat 70% menjelang tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China