Cari:
Sidang Kemuncak Tidak Rasmi APEC
2011-11-14 12:35:51 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-19 di Honolulu,Hawaii,diadakan pada petang 13 November waktu tempatan.

Presiden China, Hu Jintao serta pemimpin dan wakil dari 21 negara anggota APEC menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Presiden Hu akan menjelaskan pendirian China mengenai situasi ekonomi serantau dan global, kebebasan dan kemudahan perdagangan pelaburan, pembangunan hijau serta kerjasama dibawah kerangka perjanjian sedia ada.

"Ekonomi serantau yang semakin dieratkan" merupakan tema persidangan kali ini. Para peserta berbincang mengenai isu pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik dalam pusingan pertama persidangan APEC tersebut. Selepas itu, mereka akan mengadakan dialog dengan Majlis Penasihat Perniagaan APEC mengenai isu integrasi ekonomi serantau, pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta keselamatan makanan.

Para pemimpin akan menyentuh mengenai isu kerjasama perlaksanaan peraturan, perdagangan dan pelaburan dalam sidang kerja sambil makan tengahari dan persidangan pusingan kedua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China