Presiden China, Hu Jintao serta pemimpin dan wakil dari 21 anggota APEC menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa China akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka yang saling menguntungkan. Beliau turut menyeru semua anggota APEC berusaha untuk mendorong kebebasan dan kemudahan perdagangan dan memperluaskan pertumbuhan hijau di rantau itu.
Menurut Presiden Hu, China adalah penyokong kuat bagi liberalisasi perdagangan dan sentiasa aktif mendorong pembentukan sistem perdagangan multilateral dan kerjasama perdagangan serantau.
China menyertai serta mendorong proses tersebut dengan sikap yang positif.
Tegasnya, semua anggota APEC perlu meningkatkan kerjasama dalam program hijau berdasarkan Matlamat Bogor dan mengikut kesesuaian antara anggotanya. APEC perlu memberikan bantuan kepada negara membangun supaya mereka dapat mewujudkan