Cari:
Presiden Hu Jintao Berlepas Pulang Ke Beijing
2011-11-15 13:35:17 CRI Cetak
Presiden China, Hu Jintao berlepas pulang ke Beijing hari ini, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-19 di Honolulu.

"Deklarasi Honolulu --Ekonomi Serantau yang Semakin Dieratkan" serta empat lampiran tambahan dikeluarkan pada akhir Sidang Kemuncak tersebut.

Presiden China, Hu menyampaikan ucapan bertajuk 'Perubahan Dalam Corak Pembangunan Ke arah Pencapaian Pertumbuhan Ekonomi'.

Beliau telah menggariskan harapan dan pendekatan China untuk mendorong liberalisasi dan kemudahan dalam perdagangan dan pelaburan, memperluaskan pertumbuhan hijau di rantau Asia Pasifik, memperkukuh pembaharuan struktur ekonomi dan kerjasama perlaksanaan peraturan.

Di luar sidang APEC, Presiden Hu juga bertemu dengan Presiden A.S., Perdana Menteri Jepun, Presiden Vietnam dan Perdana Menteri Kanada.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China