Bank OCBC Singapura dan J. P Morgan mengeluarkan laporan kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan bahawa pengantarabangsaan RMB tidak dapat dihalang. Oleh itu, pihak-pihak terlibat perlu mempertimbangkan risiko dan peluang dalam proses ini dengan sikap rasional. Presiden Bank of China (BOC), Li Lihui dalam Forum Pucuk Pemimpin Tertinggi Kerjasama dan Perkembangan Kewangan China-ASEAN, menyatakan bahawa ASEAN sebagai kawasan percubaan penggunaan RMB pertama di luar negara, perlu menggalakkan dan menyokong penggunaan RMB di rantau ini.
Menurut Li, kadar pertukaran mata wang RMB stabil dan boleh diterima baik di rantau ini. Peningkatan skop dan lingkungan penggunaan RMB membawa makna yang besar untuk membantu syarikat-syarikat di rantau ini mengelakkan risiko perubahan tukaran mata wang asing dan kerugian tukaran mata wang yang kerap kali, serta memudahkan perdagangan dan pelaburan.
ASEAN sebagai kawasan percubaan perlu terus menggalakkan dan menyokong penggunaan RMB di rantau ini, serta menyempurnakan saluran pembayaran dengan RMB di rantau ini.
Ketika ini, kerjasama kewangan antara China dengan ASEAN mundur berbanding dengan kerjasama ekonomi dan perdagangan. Presiden BOC, Li Lihui mencadangkan dengan rangka kawasan bebas perdagangan China-ASEAN, kerajaan pelbagai negara perlu melaksanakan dasar keutamaan, menubuhkan sistem pasaran kewangan yang bersatu dan berkoordinasi, dan menyempurnakan mekanisme perbincangan untuk jangka panjang.
Menurut Li, peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan ASEAN memerlukan sokongan kerjasama kewangan. Dengan pergolakan situasi kewangan global sekarang ini, meningkatkan kerjasama serantau amat penting berbanding dahulu. Setakat tahun 2010, China telah menubuhkan 11 jabatan kewangan di negara ASEAN, dan jumlah asetnya mencatat USD 14.93 bilion. Perkhidmatan bank melibatkan lalu lintas, sumber tenaga, telekomunikasi, iklim, pertanian, sumber manusia dan pelancongan.
China telah menandatangani perjanjian tukaran mata wang dua hala dengan Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand, dan bersama-sama menubuhkan rizab tukaran asing rantau Asia yang sebanyak USD 12 bilion.
Pada tahun 2010, BOC menubuhkan Pusat Perkhidmatan RMB China-ASEAN di Guangxi, dan menubuhkan pusat perkhidmatan pembiayaan barangan utama di Singapura pada tahun ini.