Siri persidangan pemimpin ASEAN bakal diadakan di Bali, Indonesia pada 17 dan 19 November ini. Pakar dari pelbagai negara membentangkan pandangan masing-masing mengenai topik proses integrasi ASEAN, dan kerjasama antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea.
Dr. Chandra Muzaffar dari Universiti Sains Malaysia berpendapat, usaha untuk mewujudkan integrasi ASEAN hanya terhad dalam kalangan kerajaan dan pertubuhan, tetapi pertukaran dan interaksi kurang berlaku dalam kalangan rakyat. Selain itu, sistem politik pelbagai negara berlainan dan tahap pembangunan di negara-negara tersebut juga berbeza. ASEAN perlu memperluas bidang kerjasama dalam proses mewujudkan integrasi ASEAN.
Dr. Zhao Hong, penyelidik kanan Institut Asia Timur Universiti Kebangsaan Singapura, berpendapat bahawa integrasi ASEAN menjelang tahun 2015 sukar diwujudkan, kerana jurang perbezaan pembangunan antara negara anggotanya agak besar. Kerjasama keselamatan antara negara ASEAN diutamakan berbanding kerjasama ekonomi kerana terdapat tekanan yang sama dari luar negara.
Profesor Universiti Thammasat Thailand, Dr. Kitti Prasirtsuk berpendapat, halangan utama bagi mewujudkan integrasi ASEAN ialah proses penggubalan undang-undang yang berlahan di negara anggota ASEAN. Selain itu, tidak dapat dielakkan negara-negara mengutamakan kepentingan masing-masing daripada kepentingan bersama serantau, kerana kekurangan mekanisme penyeliaan bersepadu.
Prof. Do Tien Sam dari Akademi Sains Sosial Vietnam berpendapat, proses mewujudkan integerasi ASEAN menghadapi banyak cabaran seperti pergolakan ekonomi global, isu keselamatan bukan tradisional dan perubahan iklim. Negara ASEAN perlu mempergiat kerjasama dengan China, AS, dan Rusia bagi memastikan matlamat itu dapat tercapai.
Ahli eksekutif Majlis Institut Kerjasama dan Keamanan Kemboja, berpendapat bahawa ASEAN perlu menyalurkan bantuan kepada negara anggotanya yang paling mundur seperti Kemboja, Laos dan Myanmar, dan mengeluarkan suara tunggal mengenai kepentingan bersama ASEAN.