Cari:
Pembentukan Komuniti ASEAN Tetap Diteruskan
2011-11-17 14:32:00 CRI Cetak

Beberapa isu semasa yang menarik perhatian negara serantau bakal menjadi fokus perbincangan dalam Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan persidangan berkaitan yang akan diadakan di Pulau Bali, Indonesia pada 17 hingga 19 November ini. Ini termasuklah usaha memperhebat kerjasama serantau, mengatasi impak krisis hutang negara di kawasan Euro serta usaha menangani bencana alam di rantau ini.

Selain itu, pembentukan Komuniti ASEAN juga dianggap satu topik hangat dalam EAS Ke-19 kali ini. Rancangan untuk membentuk Komuniti ASEAN ditetapkan oleh negara-negara ASEAN pada tahun 2003, dan pelaksanaannya pula disasarkan menjelang tahun 2015.

Walau bagaimanapun, usaha ke arah Komuniti ASEAN turut mengalami kesan negatif akibat krisis kewangan global pada tahun 2008 dan krisis hutang di kawasan Euro pada masa ini.

Perkembangan ekonomi negara anggota ASEAN berorientasikan eksport dan bergantung kepada pasaran antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi beberapa rakan perdagangan utama bagi ASEAN seperti Kesatuan Eropah, AS, China dan Jepun dijangka menjadi perlahan berikutan krisis hutang di kawasan Euro. Menurut pakar, perkara ini akan memberikan kesan negatif dalam tempoh masa enam bulan hingga setahun kepada perkembangan ekonomi negara-negara ASEAN, terutamanya Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand yang ekonominya lebih terbuka kepada pasaran luar.

Di samping itu, bencana banjir serius yang melanda beberapa negara ASEAN turut memberikan tamparan hebat kepada perkembangan ekonomi serantau.

Walau bagaimanapun, menurut Naib Menteri Perdagangan Indonesia, Mahendra Siregar, usaha membuka pintu terhadap dunia luar dan pembentukan Komuniti ASEAN akan menjadi peneraju kepada pertumbuhan ASEAN dan selaras dengan kepentingan semua negara anggota. Proses integrasi ini tidak seharusnya menjadi perlahan akibat krisis ekonomi, sebaliknya perlu dipercepat bagi memanfaatkan kelebihan perindustrian masing-masing dan meningkatkan daya saing ASEAN pada keseluruhannya. Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan pula berkata, 73% sasaran yang digariskan bagi merealisasikan pelan Komuniti Ekonomi ASEAN telah diselesaikan pada bulan Julai yang lalu.

Menurut penganalisis, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, namun uasha pembentukan Komuniti ASEAN tetap mempunyai syarat yang baik termasuk mekanisme kerjasama yang semakin sempurna, kerjasama serantau yang semakin meningkat dan komitmen politik kuat pelbagai negara untuk mendorong integrasi ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China