Malam penuh gemilang sempena menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Beijing semalam. Lebih 900 tetamu kehormat termasuk duta besar asing dan isteri, wakil media tempatan dan pakar asing yang bertugas di CRI.
Acara kemuncak pada malam itu merupakan perasmian stesen ke-70 CRI di luar negara, FM100.5 di Rom, Itali. Serentak dengan itu, perkhidmatan Video Internet Rangkaian Penyiaran Antarabangsa China (CIBN) dan T&D, turut diperkenalkan, yang menandakan pencapaian besar CRI dalam dunia penyiaran.
CRI akan genap 70 tahun pada 3 Disember ini. Selain malam gemilang itu, beberapa acara sambutan turut diatur termasuk Forum Kerjasama Media Penyiaran Metropolitan Antarabangsa dan majlis ramah mesra antara pendengar asing dengan media tempatan dan antarabangsa.