Forum Kerjasama Media Penyiaran Metropolitan Antarabangsa anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Beijing hari ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-70 penubuhan CRI. Lebih 100 wakil media penyiaran metropolitan dari dalam dan luar negara hadir bagi membincangkan kerjasama dan pembangunan media penyiaran metropolitan antarabangsa dalam era globalisasi ini.
Presiden CRI, Wang Gengnian dalam ucapannya pada forum itu, menjelaskan perkembangan CRI dalam tempoh 70 tahun yang lalu serta perjuangannya menuju ke era media bertaraf antarabangsa yang moden, komprehensif dan bermodel baharu.
Beliau mencadangkan "rangkaian kerjasama media penyiaran metropolitan antarabangsa" dibina bagi mewujudkan satu mekanisme kerjasama jangka panjang.