Cari:
Majlis Sambutan 70 Tahun CRI
2011-12-03 14:15:50 CRI Cetak

Majlis menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Beijing hari ini.

Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Li Changchun dalam perutusan tahniahnya berharap CRI dapat terus berjuang ke arah menjadi satu media bertaraf antarabangsa yang cukup berprestij.

Ketua Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Yunshan dalam ucapannya pada majlis tersebut menyatakan harapannya supaya CRI, yang merupakan pelopor dalam penyiaran ke luar negara, terus berperanan sebagai jambatan bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara.

Presiden CRI, Wang Gengnian dalam ucapannya pula berikrar akan mempercepat usaha untuk membawa CRI menuju ke era media bertaraf antarabangsa yang moden, komprehensif dan bermodel baharu.

Pemimpin beberapa negara turut menyampaikan perutusan tahniah kepada CRI. Ini termasuk Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Presiden Laos, Choummaly Sayasone.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China