Cari:
Majlis Ramah Mesra Eratkan Hubungan Pendengar dan CRI
2011-12-04 14:53:25 CRI Cetak

Majlis ramah mesra bersama pendengar asing serta media tempatan dan antarabangsa sempena menyambut ulang tahun ke-70 penubuhan Radio Antarabangsa China (CRI) diadakan di Beijing malam semalam. Lebih 300 tetamu kehormat termasuk duta besar asing dan isteri, wakil media tempatan dan asing, wakil pendengar setia serta wakil dari sepuluh kelab pendengar terbaik CRI.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Radio, Filem dan Televisyen Negara China (SARFT), Li Wei dalam ucapannya pada majlis tersebut menegaskan, pencapaian CRI dalam tempoh 70 tahun yang lalu bergantung pada pembangunan bangsa dan negara. Kejayaan itu juga hasil sokongan dan bantuan daripada para pendengar setia. Beliau mahu CRI terus memajukan perkhidmatan penyiaran ke luar negara ke arah menyumbang kepada keharmonian dunia.

 

Presiden CRI, Wang Gengnian dalam ucapannya sekali lagi mengulangi ikrarnya untuk membawa CRI menuju ke era media bertaraf antarabangsa yang moden, komprehensif dan bermodel baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China