Kedudukan indeks perkembangan kewangan Hong Kong buat pertama kali melonjak ke tempat pertama dari tempat ke-4 berbanding tahun lalu. Demikian dilaporkan oleh Forum Ekonomi Dunia semalam.
Hong Kong memperoleh 5.16 mata dalam indeks perkembangan kewangan Forum Ekonomi Dunia, mengatasi AS, Britain dan Singapura. Kedudukan Tanah Besar China meningkat ke tangga ke-19 dari tempat ke- 22.
Forum tersebut menyenaraikan kedudukan 60 sistem kewangan dan pasaran modal terkemuka di dunia, serta menganalisis faktor yang meneraju perkembangan sistem kewangan dalam pertumbuhan ekonomi.