
Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan Kertas Putih Penerbangan Angkasa Lepas China 2011 hari ini. Kertas Putih tersebut menunjukkan bahawa China bersedia bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk memelihara angkasa lepas yang damai dan bersih sebagai sumbangan yang besar kepada kedamaian dan perkembangan umat manusia pada masa depan.

Menurut Kertas Putih tersebut, kerajaan China menganggap usaha pembangunan penerbangan angkasa lepas sebagai sebahagian yang agak penting dalam strategi perkembangan kebangsaan dan sentiasa mengadakan penerokaan ke angkasa lepas dengan tujuan damai. Sejak tahun 2006, negara ini telah mencapai kemajuan yang ketara dalam sektor penerbangan angkasa lepas, misalnya menjayakan penerbangan angkasa lepas dengan membawa angkasawan dan pelancaran modul peninjau ke bulan untuk tujuan penyelidikan.

Kertas Putih tersebut menyebut lagi, usaha penerbangan angkasa lepas China menghadapi peluang perkembangan yang baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang. China akan giat meningkatkan inovasi dan memperluas kerjasama untuk menggalakkan perkembangan pesat dalam bidang tersebut.








