Sidang tahunan Forum Asia Boao akan diadakan di Provinsi Hainan pada 1 hingga 3 April tahun ini. Tema kali ini "Asia dalam Transformasi Dunia: Menuju Pembangunan yang Sihat dan Mapan."
Ketua Setiausaha Forum Asia Boao, Zhou Wenzhong berkata, ekonomi dan pasaran kewangan global telah mengalami pergolakan sepanjang tahun 2011, khususnya krisis kewangan yang berlaku di AS dan zon Euro. Sidang tahunan Forum Asia Boao diharap dapat mengemukakan syor ke arah menstabilkan ekonomi dan pembangunan Asia. Para peserta sidang itu akan bertukar-tukar pendapat tentang tiga topik utama, iaitu "meneliti faktor yang menyebabkan pergolakan ekonomi dunia", "mencari jalan pembaharuan dan tranformasi" serta "mewujudkan pembangunan berterusan Asia melalui inovasi."