Cari:
Kewujudan Kedamaian di Myanmar Hadapi Cabaran
2012-01-31 14:56:44 CRI Cetak

Menurut laporan akhar New Light of Myanmar, kerajaan Myanmar telah menandatangani perjanjian perdamaian dengan Parti Kemajuan Negeri Shan (SSPP) dan tentera negeri Shan di ibu kotanya Taunggyi kelmarin. Perjanjian itu akan menggantikan perjanjian gencatan senjata yang dicapai sebelum ini. Presiden U Thein Sein dalam surat rasminya kepada Parlimen pada 26 Januari lalu menegaskan bahawa kemajuan telah tercapai dalam mewujudkan kedamaian di negaranya dan kerajaan akan terus berusasha untuk mewujudkan kedamaian yang berkekalan. Pemimpin parti pembangkang, Aung San Suu Kyi semalam juga menyeru supaya gencatan senjata antara tentera kerajaan dengan pasukan bersenjata etnik diwujudkan dengan secepat mungkin. Namun, petugas propaganda tentera negeri Shan yang juga ketua editor akhbar Shan Herald, Khuensai Jaiyen ketika diwawancara oleh wartawan menegaskan kewujudan kedamaian di Myanmar masih menghadapi cabaran.

Myanmar, sebuah negara yang berbilang kaum. Penduduknya lebih 57 juta terdiri daripada 135 buah entik, antaranya etnik Myanmar merupakan 2/3 bilangan penduduk. Menyingkap kembali sejarah, penjajah Britain melaksanakan dasar yang berlainan terhadap etnik yang berbeza. Akibatnya, konflik antara etnik berlaku terus-menerus dalam jangka masa yang panjang. Dalam mesyuarat Panglong pada Februari tahun 1947, etnik Myanmar dan beberapa etnik minoriti utama menandatangani Perjanjian Panglong, bersetuju membentukan persekutuan Myanmar yang bersepadu. Sementara, etnik minoriti menikmati hak autonomi diri pada tahap tinggi dan kesamarataan. Namun begitu, selepas Myanmar merdeka pada tahun 1948, konflik yang serius antara kerajaan pusat dengan pelbagai etnik minoriti tercetus kerana kefahaman kedua-dua pihak terhadap perjanjian yang dicapai itu amat berbeza. Seterusnya, konflik bersenjata terus berlaku dalam beberapa puluh tahun lalu.

Untuk mewujudkan permuafakatan bangsa dan demokrasi di Myanmar, Presiden U Thein Sein mengadakan semula rundingan dengan beberapa pasukan bersenjata etnik. Dalam surat rasmi pada 26 Januari lalu itu, U Thein Sein memaklumkan bahawa setakat ini, kerajaan telah mengadakan rundingan dengan 11 buah pasukan bersenjata etnik minoriti yang masih belum mencapai perjanjian perdamaian dengan kerajaan. Enam buah daripadanya telah mencapai persepakatan dengan kerajaan, dan rundingan dengan lima pasukan yang lain sedang diadakan.

Khuensai Jaiyen menganggap bahawa pertempuran antara tentera kerajaan dengan tentera parti pembangkang terus berlaku sekarang kerana rundingan politik masih belum diadakan. Asal sahaja Perjanjian Panglong dihormati dan perlembagaan Myanmar dipinda semula, kedamaian yang sebenar baru dapat diwujudkan di Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China