Cari:
Jualan Jenama Automobil Multinasional di China Memberangsangkan
2012-02-06 14:40:28 CRI Cetak

Syarikat automobil multinasional di China mencatat jualan yang amat menggalakkan pada tahun 2011. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat automobil yang terkemuka dunia, termasuk Toyota, Ford dan Volkswagen, peningkatan jualan kenderaan di pasaran China jauh lebih tinggi berbanding pasaran domestik. Serentak dengan itu, China kini menjadi negara pengeluar automobil dan pasaran kereta terbesar di dunia dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Jualan oleh syarikat automobil Jepun di China terjejas akibat masalah bekalan alat ganti selepas Tsunami berlaku pada 11 Mac 2011. Bagaimanapun, beberapa syarikat Jepun masih menunjukkan prestasi yang memuaskan di China. Jualan oleh Syarikat Nissan di China mencecah 1.47 juta unit sepanjang tahun 2011, meningkat 15.8% berbanding tahun 2010. Toyota pula meningkat 4% dengan jualan 883 ribu unit pada tahun 2011, berbanding tahun sebelumnya.

Jualan oleh syarikat GM AS dan syarikat usahasamanya di China mencatat rekod tertinggi pada tahun 2011 dengan peningkatan jualan 8.3 % atau 2.55 juta unit. Angka ini sekali gus meletakkan penjualan kenderaan jenama GM sebagai terbesar di China dalam tempoh 7 tahun berturut-turut. Di pasaran global pula, penjualannya yang tertinggi dengan 9 juta unit sepanjang tahun lalu. Angka ini mengatasi Volkswagen dan Toyota. China merupakan pasaran yang terulung GM, dengan jualannya di negara ini melebihi pasaran domestik dalam beberapa tahun yang lalu.

Jualan syarikat Volkswagen buat pertama kali meningkat 17.7%, mencecah lebih 2 juta unit di China pada tahun 2011. Sehubungan itu, China menjadi pasaran terbesar bagi syarikat jenama Jerman itu.

Dalam pada itu, jualan kereta domestik merosot kepada 2.45%, sekita 18.5 juta unit pada tahun lepas. Manakala, jualan kereta di AS mencecah 12.7 juta unit berikutan pasaran automobilnya yang pulih dengan cepat. Menurut anggaran Persatuan Automobil China, pasaran kereta domestik dijangka pulih pada tahun 2012. Jualan kereta di negara ini dijangka meningkat 8% mencecah 20 juta unit pada tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China