Kerajaan bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Ugyur Xinjiang China berhasrat menggunakan kelebihan sumber uniknya untuk mengembangkan industri makanan halal.
Langkah akan diambil menerusi rangkaian pengurusan dan operasi pengedaran moden seperti francais, dalam menyediakan dana kepada pengusaha makanan tempatan. Selain itu, kerajaan tempatan akan menawarkan latihan kemahiran kepada tukang masak.
Bandar Urumqi juga merancang mengadakan siri aktiviti termasuk "Pesta Budaya Makanan Halal China" untuk memperkenalkan makanan halal istimewa Xinjiang kepada luar, meningkatkan kerjasama dengan tempat lain di China dan luar negara.