Cari:
Transfomasi Ekonomi China Buka Peluang kepada Eropah
2012-02-16 14:17:13 CRI Cetak

China sedang mempercepat transfomasi ekonominya bagi mengekalkan pembangunan yang mapan. Usaha ini akan membuka lebih banyak peluang kepada kerjasama China-Eropah.

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika bertemu Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU), Jose Manuel Barroso di Beijing semalam.

Menurutnya, China dan Eropah perlu saling melengkapi dalam semua bidang kerjasama termasuk ekonomi dan perdagangan, kewangan, sumber tenaga, sains dan teknologi. Usaha itu akan mewujudkan situasi menang-menang.

China percaya Eropah mampu mengatasi kesukaran sekarang dan China akan terus menyokong kepada usaha menangani isu hutang Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China