Ekonomi China semakin mantap. Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK)nya meningkat 9.2% pada tahun 2011. Pencapaian itu selaras dengan sasaran kawalan makro.
Jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Li Piaomin berkata, walaupun peningkatan KDNK bergerak perlahan, namun pendapatan kerajaan dan keuntungan syarikat tetap cergas. Di samping itu, taraf kehidupan rakyat bertambah baik sepanjang masa. Ini mencerminkan kejayaan langkah kawalan makro dalam usaha transformasi ekonomi, kawalan harga barangan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Jurucakap itu berkata, ekonomi China dijangka kekal stabil walaupun ekonomi global yang suram tahun 2012. Proses perindustrian dan urbanisasi akan terus memperluaskan permintaan domestik dan menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi.