Pameran Barang Kemas Antarabangsa Hong Kong ke-29 dirasmikan Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong (HKCEC) Khamis lalu. Lebih 3,100 pedagang dan perusahaan dari 48 buah negara dan wilayah termasuk Tanah Besar China, Jerman, Malaysia, Singapura, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat turut menyertai pameran kali ini.
Naib Presiden Biro Perkembangan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), Benjamin Chau Kai-Leung berkata pameran seumpama itu membuka platform baharu untuk sektor itu memasuki pasaran baru muncul. Jenama terkenal antarabangsa dari Itali, Jepun dan Filipina hendak menggunakan pameran kali ini bagi mempromosikan produk mereka ke pasaran Tanah Besar China.