Sektor perbankan komersial China mencatat keuntungan bersih tertinggi sebanyak RMB 2.65 trilion pada tahun 2011. Keuntungan bersih dalam suku tahun keempat tahun 2011 melebihi RMB 1 trilion buat pertama kalinya. Pendapatan bukan daripada faedah simpanan merupakan 19.3% daripadanya. Butiran itu terkandung dalam statistik yang diumumkan Suruhanjaya Pengawalseliaan Perbankan China.
Menurut data tersebut, pinjaman tidak berbayar (NPL)pada suku tahun keempat tahun 2011 pada kadar 1%, iaitu RMB 427.9 bilion, menurun 0.1% berbanding tempoh yang sama tahun 2010.