Cari:
China Bentuk Sistem Perkhidmatan Kebudayaan Awam Negara Menjelang 2015
2012-02-20 13:42:49 CRI Cetak

Kerajaan China telah mengumumkan satu rancangan lima tahun mengenai perkembangan dan pembaharuan kebudayaan pada minggu lalu. Dalam rancangan itu, kerajaan mengemukakan bahawa peruntukan dan bantuan kepada kampung khususnya kawasan pedalaman di bahagian barat perlu ditingkatkan. Selain itu, kerajaan juga akan berusaha untuk membentuk satu sistem perkhidmatan kebudayaan awam yang menyeluruh menjelang tahun 2015 supaya penduduk di bandar dan luar bandar dapat menikmati perkhidmatan kebudayaan awam dan merealisasikan perkhidmatan kebudayaan awam yang sama rata secara progresif serta lebih mudah.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhu Zhixin berkata, China akan membina pelbagai kemudahan kebudayaan peringkat negara pada tahun-tahun yang akan datang, khususnya menyokong pembinaan perpustakaan awam, pusat kebudayaan dan muzium di kawasan bahagian tengah dan barat.

"Sistem perkhidmatan awam negara yang menyeluruh perlu dibentuk dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12. Ini akan memudahkan penduduk bandar dan luar bandar menikmati perkhidmatan kebudayaan awam serta mempercepat perkembangan integrasi kebudayaan bandar dan luar bandar. "

Oleh sebab perbezaan sejarah dan geografi antara pelbagai kawasan, bekalan produk kebudayaan juga tidak seimbang. Di kawasan yang lebih maju seperti Beijing dan Shanghai, perpustakaan dan muzium sudah dibuka kepada awam dengan percuma. Penduduk juga dapat menikmati produk kebudayaan yang pelbagai. Namun, di kawasan tengah dan barat khususnya di kawasan pedalaman dan miskin, keadaan itu tidak ideal.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Sun Zhijun berkata, dalam tempoh lima tahun yang lalu, kerajaan pusat telah meningkatkan sokongan kewangan terhadap industri budaya, dengan meningkatkan jumlah peruntukan purata tahunan sebanyak 20%. Hal ini memainkan peranan penting untuk mengecilkan jurang perbezaan kebudayaan antara bandar dan luar bandar. Usaha tersebut akan terus ditingkatkan pada masa depan.

Pada masa yang sama, Naib Menteri Kebudayaan China, Li Xiaojie juga menyatakan, kerajaan akan memperluas lingkungan perkhidmatan yang percuma secara progresif, di samping meningkatkan bekalan produk dan perkhidmatan kebudayaan awam supaya semua rakyat dapat menikmati perkhidmatan berkenaan secara lebih mudah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China