Berikutan pembaharuan dan dasar terbuka lebih 30 tahun lalu, rakyat China kini menikmati kebebasan sepenuhnya. Usaha hak asasi manusia negara ini turut mencapai kemajuan yang cemerlang.
Naib Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika bertemu Presiden Irelan, Michael Higgins di Dublin semalam.
Katanya, kemajuan tersebut adalah hasil kaedah pembangunan mengikut kesesuaian negara China. Pendekatan itu akan diteruskan.
Menyentuh mengenai hubungan dua hala China-Ireland, Xi berkata, Ireland kini berdepan dengan cabaran untuk mengekalkan keseimbangan dan pembangunan ekonomi. Ini sekaligus membuka peluang untuk kerjasama dua hala.
China mahu mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan pertukaran dengan Ireland dan menjana kerjasama dalam hubungan bilateral.
Michael Higgins mengalu-alukan rundingan dengan China dalam meneroka kerjasama yang konstruktif serta mencipta masa depan hubungan yang lebih cemerlang.