Cari:
Kesihatan Kaum Wanita dan Kanak-Kanak Di China Semakin Baik
2012-02-24 13:00:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Menteri Kesihatan China, Chen Zhu dalam Sidang Kesihatan Wanita dan Kanak-Kanak semalam telah memperaku pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan kesihatan bagi golongan itu. Beliau berkata, tahap kesihatan kaum wanita dan kanak-kanak kini semakin baik.

Kadar kematian ibu mengandung berjaya dikurangkan pada nisbah 26 bagi setiap 100 ribu , turun hampir 50 peratus berbanding tahun 2000. Manakala kematian bayi dan kanak-kanak bawah lima tahun pula dikurangkan sebanyak 60 peratus masing-masing kepada 12.1% dan 15.61%.

Chen Zhu berkata, sistem perkhidmatan kesihatan kaum wanita dan kanak-kanak yang bercirikan China telah dibentuk dan menyediakan perkhidmatan kesihatan perubatan yang bersepadu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China