Naib Perdana Menteri China, Zhang Dejiang baru-baru ini menekankan pentingnya syarikat-syarikat memberi tumpuan kepada inovasi dalam teknologi, mutu produk dan usaha membangunkan jenama sendiri bagi mencapai kepesatan dalam industri sekali gus meningkatkan daya saing China.
Menurutnya, untuk memajukan proses industri teknologi, dan meningkatkan pelaburan dalam bidang itu, usaha perlu untuk menggerakkan inovasi dan pembaharuan dalam bidang tersebut.
Selain itu, syarikat-syarikat berkenaan patut berusaha meningkatkan mutu dan mencipta produk yang baharu. Menurutnya, China perlu mewujudkan jenama yang terkenal di arena antarabangsa bagi mengalakkan pembangunan yang mapan dan sihat.