Cari:
Taraf Kesihatan Golongan Wanita dan Kanak-Kanak China Meningkat
2012-02-27 12:40:46 CRI Cetak

Taraf kesihatan wanita dan kanak-kanak China pada dekad yang lalu semakin baik. Demikian dimaklumkan dalam sidang kerja berkenaan yang diadakan di Beijing.

Berdasarkan Undang-Undang Perlindungan Ibu dan Bayi, para kakitangan yang terbabit sentiasa berpandukan prinsip "mengutamakan kanak-kanak dan keselamatan ibu" dan mendorong pembangunan saintifik dalam aspek kesihatan golongan tersebut, sehingga mencapai kemajuan yang ditetapkan.

Pada tahun 2011, hanya 26 daripada 100 ribu orang wanita yang mengandung mati. Pada masa yang sama, angka kematian bayi (IMR) dan kematian kanak-kanak berusia di bawah lima tahun (U5MR) masing-masing mencatat 1.21% dan 1.56%. Ketiga-tiga indeks itu masing-masing berkurangan 51%, 62% dan 61% berbanding dengan tahun 2000. Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan China, Chen Zhu berkata,

"U5MR di China telah memenuhi matlamat pembangunan milenium PBB lebih awal. Kadar kematian dalam kalangan wanita (MMR) juga terus menurun. Jangka hayat purata golongan wanita dijangka mencapai 75 tahun. Selain itu, jurang perbezaan indeks antara China dengan negara maju pula semakin mengecil. Hal ini telah mendapat perhatian dan penilaian tinggi masyarakat antarabangsa."

Sementara itu, jaminan perubatan terhadap golongan tersebut di kampung dibaiki pada waktu terdekat ini. Jaminan perubatan untuk penduduk bandar juga diperluas lingkungannya sehingga melibatkan pelajar sekolah dan kanak-kanak. Chen Zhu berkata,

"Hal yang paling menggembirakan kita ialah jurang perbezaan MMR antara bandar dengan kampung telah terhapus. Di samping itu, perbezaan tempatan juga mengecil."

Seiring dengan pelaksanaan pembaharuan sistem perubatan di China, jaminan perubatan terhadap wanita dan kanak-kanak akan terus disempurnakan.

"Pembaharuan perubatan menguatkan peranan kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan awam dan perubatan asas, sekaligus menegaskan keperluan untuk memastikan perkhidmatan peringkat asas dan menyempurnakan sistem yang bersangkutan. Dengan ini, wanita dan kanak-kanak akan mendapat perkhidmatan perubatan dan jaminan yang lebih baik pada masa depan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China