Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-11 akan dirasmikan di Beijing pada 5 dan 3 Mac ini. Pusat media bagi kedua-dua sidang tersebut mula beroperasi semalam.
Pusat itu mengandungi dewan sidang akhbar, ruang bicarawara, dilengkapi kemudahan internet dan perkhidmatan telekomunikasi.
Pusat itu akan bertindak sebagai pusat saluran maklumat serta mengemaskini setiap perjalanan persidangan kepada wartawan tempatan termasuk dari Tanah Besar, Hong Kong, Macau, Taiwan dan wartawan asing.