Menurut Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12, keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) China disasarkan mencatat pertumbuhan pada kadar 7%, dengan pertumbuhan sebenarnya dijangka pada tahap 8.5%.
Demikian laporan jangkaan yang dikeluarkan dalam mesyuarat mengenai situasi ekonomi dan pembangunan tenaga elektrik China tahun 2012 yang diadakan semalam.
Menurut ahli mesyuarat itu, purata pertumbuhan KDNK tahunan di China akan bertahan pada kadar 7% dari tahun 2016 hingga 2020 manakala pada 10 tahun kemudiannya akan turun kepada 6% .