Cari:
China Terus Tingkatkan Jaminan Perubatan di Luar Bandar
2012-02-29 13:27:17 CRI Cetak

Kerajaan China menyediakan jaminan perubatan kepada penduduk di luar bandar sejak perkhidmatan perubatan kerjasama luar bandar mula dilaksanakan pada tahun 2003. Perkhidmatan ini melibatkan lebih 830 juta petani. Pegawai Kementerian Kesihatan China menyatakan bahawa pihaknya akan terus meningkatkan taraf perkhidmatan itu, di samping memperluas lingkungan jaminan berkenaan pada tahun ini.

Dalam sidang media kementerian tersebut baru-baru ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Luar Bandar, Yang Qing memaklumkan bahawa pihak berkuasa akan menaik taraf pembiayaan dari RMB200 kepada RMB 300. Selain itu, pembayaran balik bagi perkhidmatan di hospital juga ditingkatkan dari 70% kepada 75%. Pembayaran maksimum turut dinaikkan hingga RMB60 ribu dari RMB50 ribu. Yang Qing berkata,

"China telah meningkatkan jaminan terhadap penyakit utama, antaranya termasuk menubuhkan tabung penyakit peringkat provinsi bagi menjamin perkhidmatan perubatan terhadap leukemia dan penyakit jantung kongenital kanak-kanak serta kanser payudara dan kanser serviks. Di beberapa kawasan, 12 jenis penyakit seperti masalah sumbing bibir dan lelangit, kanser paru-paru, kanser esofagus dan kanser perut juga dimasukkan dalam jaminan tersebut."

Sekarang, terdapat lebih 200 juta orang pekerja migran di China, dan kebanyakan mereka terlibat dalam perkhidmatan perubatan kerjasama luar bandar baharu. Walau bagaimanapun, mereka juga menghadapi beberapa kesukaran ketika mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pembayaran balik. Menurut Yang Qing,

"Perbincangan dengan tempat kerja pekerja migran sepatutnya ditingkatkan untuk menetapkan badan perubatan, supaya para pekerja ini sempat mendapat rawatan perubatan dan pembayaran balik di tempat kerjanya. Di samping itu, kami juga berusaha membangunkan wahana maklumat peringkat negara dan provinsi untuk memudahkan prosedur pembayaran balik berkenaan."

Yang Qing menambah, pihaknya juga akan berusaha menggalakkan syarikat insurans komersial untuk terlibat dalam Perkhidmatan Perubatan Kerjasama Luar Bandar Baharu ini dan menggunakan tabung untuk membiayai kos perubatan dalam jumlah yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China