Pelan penjimatan tenaga untuk kegunaan industri yang dibangunkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12 (2011-2015), mampu mengurangkan penggunaan sumber tenaga bagi industri besar sebanyak 21% menjelang tahun 2015. Penggunaan tenaga dalam sektor industri akan dikurangkan sebanyak 670 juta tan unit arang batu.
Maklumat itu terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China semalam.
Menurut pegawai berkenaan, bagi memastikan matlamat penjimatan tenaga dalam Rancangan Lima Tahun Ke-12 tercapai, China akan melaksanakan penjimatan tenaga dan mengoptimumkan struktur industri serta menggabungkan penggunaan sumber tenaga secara komprehensif.
Selain itu, China akan giat mengawal dengan tegasnya pertumbuhan berleluasa industri dengan penggunaan tenaga yang tinggi, dan membangunkan produk penjimatan tenaga serta produk nilai tambah.