Cari:
China Terus Sempurnakan Jaminan Penyaraan
2012-03-01 13:49:41 CRI Cetak

Perlindungan hak dan kepentingan warga emas sedang dibangunkan dengan pesat di China. Dengan itu, perundangan berkenaan semakin disempurnakan dan usaha tersebut semakin diberi perhatian masyarakat.

Dalam sidang media berkenaan semalam, Naib Pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Kebangsaan China tentang Isu Penuaan (CNCA), Wu Yushao menyatakan bahawa jaminan penyaraan di negara ini sedang disempurnakan dan contoh insurans penyaraan di luar bandar juga sedang diperluas lingkungannya. Selain itu, sistem perkhidmatan masyarakat terhadap warga emas dimajukan dan banyak agensi warga tua dibina bagi menjamin kehidupan mereka. Di samping itu, kesedaran masyarakat untuk menghormati warga emas, melindungi hak dan kepentingan mereka juga bertambah.

Wu Yushao memaklumkan, kerajaan China telah meningkatkan pembangunan perundangan mengenai hak dan kepentingan warga emas sejak beberapa tahun ini. Beliau berkata,

"Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) telah melaksanakan pemeriksaan mengenai penguatkuasaan Undang-undang Warga Emas buat kali pertama tahun lepas, sekaligus memulakan pindaan terhadap undang-undang itu. Selain itu, Dewan Negara juga mengeluarkan "Perancangan Perlindungan Hak dan Kepentingan Warga Emas" dan "Perancangan Pembangunan Perkhidmatan Penyaraan Warga Emas" bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Kebangsaan Pembangunan Lima Tahun ke-12, serta mengadakan sidang berkenaan untuk mengatur kerja secara menyeluruh dalam tempoh tersebut."

Walau bagaimanapun, China tetap menghadapi cabaran besar dalam hal tersebut. Berdasarkan statistik berkenaan, setakat hujung tahun 2011, seramai 185 juta orang berusia di atas 60 tahun di China, merupakan 13.7% dalam jumlah keseluruhan rakyat China. Mereka yang berusia di atas 65 tahun daripadanya 123 juta orang, merupakan 9.1%. Jumlah penduduk yang disebut sebagai "warga emas", iaitu mereka yang berusia di atas 60 tahun, dijangka mencatat 221 juta pada tahun 2015, yakni merupakan 16% dalam jumlah penduduk keseluruhan China. Lantaran itu, China telah menjadi negara yang mempunyai penduduk tua paling ramai di dunia. Dengan itu, muncullah pelbagai masalah, seperti orang tua ditinggalkan di rumah tanpa jagaan anak, dan nisbah warga emas di luar bandar lebih tinggi daripada yang di bandar.

Wu Yushao menyatakan, China akan mendorong model penyaraan di rumah dan menyempurnakan jaringan perkhidmatan berkenaan pada masa depan. Di samping itu, kerajaan juga akan mementingkan jaminan penyaraan di luar bandar, dan mendorong pembangunan usaha tersebut secara seimbang di dalam dan luar bandar.

Wu Yushao menambah, China akan meningkatkan pembangunan persatuan warga emas di kawasan perumahan.

"Berdasarkan Perancangan Perlindungan Hak dan Kepentingan Warga Emas bagi tempoh pelaksanaan Rancangan Kebangsaan Lima Tahun ke-12, persatuan warga emas dijangka melibatkan 95% penduduk bandar dan 80% penduduk luar bandar menjelang tahun 2015. Dengan kata lain, sebanyak 150 ribu persatuan akan ditubuhkan, yakni 37,500 persatuan berkenaan dibina setahun secara purata mulai sekarang. "

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China