Albert Ho
Tiga pencalonan diterima untuk mengisi jawatan Ketua Eksekutif keempat Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semalam.
Henry Tang
Pengurus Pilihan Raya, Hakim Jeremy Poon mengesahkan pencalonan Albert Ho, seorang pengamal undang-undang, Henry Tang, bekas Ketua Setiausaha Hong Kong, dan Leung Chun-Ying, bekas ahli bukan pegawai bagi Majlis Eksekutif Hong Kong.
Leung Chun-Ying
Mengikut peruntukan undang-undang pemilihan berkenaan, Ketua Eksekutif keempat akan dipilih oleh Suruhanjaya Pilihan raya melalui undian sulit. Keputusannya akan diumumkan pada 25 Mac ini setelah diluluskan oleh kerajaan pusat China.