Cari:
China Keluarkan Piawaian Baharu Kualiti Udara
2012-03-01 14:17:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pindaan baharu terhadap "Piawaian Kualiti Udara" diluluskan dalam mesyuarat tetap Dewan Negara China yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri China, Wen Jiabao semalam. Piawaian tersebut menambah indeks memantau dan mengawal jirim zarahan halus dalam udara PM2.5 dan ozon (O3).

PM2.5 merujuk kepada jirim zarahan dalam udara dengan diameter kurang atau sama dengan 2.5 mikron. Ia penting bagi menentukan kualiti dan darjah penglihatan udara.

Mesyuarat tersebut mengarahkan pemantauan dilaksanakan di kawasan utama termasuk Beijing-Tianjin-Hebei, Kawasan Delta Sungai Yangtze, dan bandar yang lain di China pada tahun ini.

Pengawasan juga dibuat di 113 buah bandar raya utama yang mesra alam dan bandar raya contoh pada tahun 2013. Langkah itu juga meliputi seluruh bandar peringkat daerah pada tahun 2015.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China