Isu ekonomi dan taraf kehidupan rakyat China menjadi fokus tumpuan masyarakat antarabangsa pada sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC).
Menurut Harian Lianhe Zaobao Singapura, berdasarkan tinjauan pendapat umum yang dikeluarkan media kerajaan China, "jaminan sosial", "pembahagian pendapatan" dan "pengurusan masyarakat" menjadi tumpuan pelayar internet. Ia memperlihatkan peningkatan sensitiviti rakyat China terhadap kepentingan dan ekonomi masing-masing.
Selain itu, laman web BBC juga memuji dasar pekerjaan China yang berusaha merapatkan jurang perbezaaan antara bandar dan luar bandar.