Lebih 3,000 wartawan dari media tempatan dan asing mendaftar untuk membuat liputan sempena persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC). Ini termasuk hampir 900 orang wartawan asing dan kira-kira 600 wartawan dari Hong Kong, Makau dan Taiwan.
Naib Ketua Pengarah Pusat Penerangan NPC dan CPPCC, Zhu Shouchen berkata, Jepun dan Amerika Syarikat menghantar lebih 200 orang wartawan. Selain itu, wartawan dari Rusia, India, Brazil dan Afrika Selatan juga membuat liputan kali ini.
Menurutnya, kehadirian begitu ramai wartawan asing berikutan perhatian dunia terhadap China setelah pengaruh China di peringkat antarabangsa semakin menyerlah. Kepesatan China juga turut menjadi fokus.
Malah semakin banyak media aliran bahasa Mandarin ditubuhkan di pelbagai negara.