Cari:
Masalah Semasa Rakyat, Topik Hangat Sidang NPC dan CPPCC
2012-03-02 13:46:08 CRI Cetak
Sidang Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 dan Persidangan ke-5 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-11 akan diadakan di Beijing pada awal bulan Mac. Topik-topik yang berkaitan dengan hidup rakyat mendapat perhatian umum dan menjadi topik hangat semasa Sidang NPC dan CPPCC tahun ini.

"Saya sudah bekerja selama dua tahun, namun semua gaji saya diguna untuk membayar sewa rumah dan kos pengangkutan, hanya sedikit wang yang berbaki. Saya berharap gaji saya akan dinaikkan, dan saya dapat menyimpan lebih wang."

Xiao Yu yang memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 2009, tidak berpuas hati dengan keadaan hidupnya di Beijing. Menurut statistik terbaharu, KDNK di bandar Beijing, Shanghai, Hangzhou sudah melebih USD 12 ribu. Jika dibandingkan dengan piawaian Bank Dunia, angka tersebut sudah melebihi tahap sederhana di dunia, dan mendekati tahap negara kaya. Namun, pakar ekonomi, Profesor Zhou Qingjie berkata, peningkatan KDNK tidak bererti rakyat bertambah gembira.

Beliau berkata,

"KDNK tidak sama dengan indeks kebahagiaan rakyat, kerana KDNK ialah angka statistik yang berkaitan dengan jumlah pengeluaran yang tidak meliputi masalah-masalah sosial. Oleh itu, peningkatan KDNK tidak bererti kebahagiaan penduduk juga meningkat."

Kerajaan China menyasarkan matlamat untuk mengagihkan hasil keuntungan pembangunan kepada rakyat supaya taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan. Menurut statistik kerajaan, ekonomi China pada tahun 2011 meningkat 9.2% berbanding dengan tahun 2010. Jumlah pendapatan rakyat pula meningkat 8.4%, termasuk pendapatan penduduk luar bandar yang meningkat 11.4%. Wakil NPC, pakar ekonomi, Profesor Gu Shengzu berkata, peningkatan pendapatan rakyat ini mencerminkan usaha kerajaan untuk meningkatkan kegembiraan rakyat.

"Rancangan penyelarasan merupakan rancangan yang mendapat perhatian umum dalam Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12, iaitu peningkatan pendapatan rakyat serentak dengan pembangunan ekonomi. Rakyat China dapat menikmati hasil pembangunan negara melalui rancangan tersebut."

Namun, masih terdapat kelemahan dalam rancangan tersebut jika dibandingkan dengan harapan rakyat yang semakin tinggi. Perdana Menteri China, Wen Jiabao, ketika mendengar pendapat mengenai laporan kerja kerajaan berkata bahawa tumpuan utama usaha kerajaan ialah kehidupan rakyat.

Pakar pembangunan luar bandar Akademi Sains dan Sosial China, Yu Jianrong menyeru kerajaan tempatan mengambil langkah yang sesuai untuk melaksanakan dasar kerajaan pusat.

Masalah hidup bukan sahaja berkaitan rapat dengan individu, tetapi juga kestabilan dan keharmonian masyarakat China. Persidangan NPC dan CPPCC tahun ini akan membincangkan usaha penyelesaian masalah hidup rakyat yang mendapat perhatian umum di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China