Balanjawan pertahanan China hanya menduduki 1.28% daripada jumlah keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kadar itu lebih rendah berbanding AS dan Britain, dan tidak akan menjadi ancaman bagi mana-mana negara.
Jurucakap Persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11, Li Zhaoxing berkata, China mempertahankan dasar membangunkan pertahanan selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara, dan menetapkan jumlah belanjawan pertahanan pada tahap yang rasional.
Jumlah belanjawan pertahanan China mencecah RMB 670.274 bilion pada tahun 2012, meningkat 11.2% berbanding dengan tahun lalu.
Kekuatan tentera China semata-mata untuk memelihara kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.