Pertumbuhan ekonomi China dijangka mencatat 7.5% tahun ini. Ini kali pertama China menurunkan jangkaan pertumbuhannya di bawah 8 peratus sejak tahun 2005.
Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata demikian ketika membentangkan laporan kerja kerajaan dalam Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 hari ini.
China telah menetapkan matlamat pertumbuhan ekonomi sebanyak 7% pada tahun 2004 dan kemudian dikekalkan pada 8% selama 7 tahun berturut-turut.
Wen Jiabao berkata, jangkaan terhadap kadar pertumbuhan ekonomi diturunkan sedikit supaya sejajar dengan matlamat Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12. Ia melibatkan usaha mempercepatkan tumpuan kepada transformasi pembangunan, meningkatkan kualiti dan kecekapan pembangunan ekonomi bagi mencapai sasaran jangka panjang, yang lebih tinggi dan berkualiti.