Cari:
Sidang Tahunan NPC Mendapat Perhatian Media Asia Tenggara
2012-03-05 14:46:37 CRI Cetak

Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) yang dirasmikan di Beijing hari ini mendapat perhatian besar media dan tokoh-tokoh negara Asia Tenggara.

Presiden Persatuan Persahabatan Vietnam-China di provinsi Bac Giang, Vietnam mengatakan bahawa sistem Kongres Rakyat yang diwujudkan oleh China adalah berdasarkan pengalaman sejarah dan usaha penerokaan. Rakyat merupakan "tuan" kepada negara. Hal ini boleh dilihat melalui kuasa pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh wakil NPC yang dipilih rakyat. Sistem NPC selaras dengan keadaan di China dan ia turut menyemarakkan semangat demokrasi.

Pengerusi Lembaga Pengarah akhbar Harian Antarabangsa Indonesia pula mengatakan bahawa sistem NPC merupakan sistem politik demokratik yang diwujudkan berdasarkan keadaan negara China, dan mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat. Ia memperlihatkan semangat kesaksamaan antara rakyat pelbagai kaum di China. Tambah beliau, China sudah berkembang menjadi sebuah negara yang kuat selepas pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Hal ini bukan sahaja boleh dilihat melalui pertumbuhan ekonomi yang pesat, tetapi juga kemampuan yang semakin tinggi dalam usaha memelihara kepentingan semua rakyat termasuk rakyat China di luar negara. Selain itu, China juga bersedia memikul tanggungjawab dalam arena antarabangsa, khususnya bagi memelihara kepentingan negara membangun serta keadilan dan keamanan dunia.

Ahkbar Lianhe Zaobao Singapura telah membuat laporan bertulis secara langsung majlis pembukaan sidang tahunan NPC hari ini di laman sesawangnya. Menurut akhbar tersebut, laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao di hadapan wakil NPC akan memberikan tumpuan kepada usaha memperbaiki kehidupan rakyat. Ahkbar itu juga memetik pandangan penganalisis yang mengatakan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat awam mengakui terdapatnya gejala rasuah dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dalam konteks ini, ketabahan dan semangat untuk menjayakan usaha pembaharuan antara faktor penting bagi mengatasi masalah masyarakat di China dewasa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China