Cari:
Pembangunan Ekonomi China yang Pesat dan Mantap Diutamakan
2012-03-05 15:42:31 CRI Cetak

Persidangan tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 dirasmikan di Beijing hari ini. Perdana Menteri Wen Jiabao telah membentangkan laporan kerja dalam persidangan itu.

"Tahun ini merupakan tahun yang amat penting bagi pelaksanaan Rancangan Pembangunan Sosioekonomi China bagi Tempoh Lima Tahun Ke-12 dan tahun terakhir perkhidmatan kerajaan sekarang. Kami akan berusaha melaksanakan inovasi, mengatasi kesukaran dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat."

Dalam laporan Perdana Menteri Wen, berdasarkan sasaran pembangunan sosioekonomi tahun 2012 yang ditetapkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)meningkat sebanyak 7.5%; menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih sembilan juta orang supaya kadar pengangguran di bandar dan luar bandar di bawah 4.6%. Peningkatan Kadar Indeks Harga Pengguna (CPI) dikawal pada sekitar 4%; jumlah import dan ekport pula meningkat kira-kira 10%; di samping keadaan pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa terus diperbaiki.

Namun, Perdana Menteri Wen dalam laporannya mengakui bahawa pembangunan sosioekonomi China masih menghadapi banyak kesukaran dan cabaran. Beliau telah menggariskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kesukaran itu.

"Kerajaan akan berusaha menggalakkan pembangunan ekonomi yang pesat dan mapan, mengawal harga barangan, melaksanakan transformasi ekonomi, mengutamakan keperluan rakyat, meningkatkan pembaharuan dan menggalakkan keharmonian masyarakat. "

Media berpendapat bahawa usaha membangunkan ekonomi secara mantap merupakan hala tuju pembangunan China pada tahun 2012. Sekarang, ekonomi dunia merosot, manakala masa depan pemulihannya tidak menentu. Pada masa yang sama, operasi syarikat kecil dan sederhana China menghadapi lebih banyak kesukaran, selain pertumbuhan ekonomi mengalami trend penurunan. Dengan situasi ini, pertumbuhan ekonomi China perlu mengutamakan kestabilan. Antara sembilan tugas utama kerajaan pada tahun 2012, usaha mendorong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mantap diletakkan di tempat pertama. Wen Jiabao berkata,

"Memperluas permintaan domestik merupakan teras bagi mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mapan bagi tempoh jangka masa panjang. Ini juga menjadi tugas utama kerajaan pada tahun ini."

Menurut laporan Perdana Menteri Wen lagi, kerajaan China bersedia mendorong pembangunan melalui pembaharuan. Kata Wen Jiabao,

"Pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka merupakan pilihan yang bijak yang menentukan nasib negara China. Kerajaan mesti mematuhi konsep pembangunan saintifik, dan mendorong pembaharuan sistem ekonomi dan politik untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi dalam pembangunan."

Dalam tempoh sembilan hari akan datang, kira-kira 3,000 wakil rakyat yang mendukung hasrat dan kepentingan 1.3 bilion orang rakyat China akan membahaskan laporan tersebut bagi menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi China pada tahun ini .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China