Pelan membangunkan hubungan China-Rusia dalam dekad akan datang, berpaksikan kepada satu matlamat dan lima kunci utama. Ini meliputi lawatan dua hala pemimpin tertinggi, sokongan politik, perkembangan perdagangan, sumber tenaga, sains dan teknologi serta kerjasama kepentingan bersama. Selain itu, kedua-dua negara akan meningkatkan pertukaran sosiobudaya, terutamanya menjayakan "Tahun Pelancongan Rusia". Paling penting permuafakatan kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa.
Demikian dirumuskan oleh Menteri Luar China, Yang Jiechi dalam sidang media sempena Sidang Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-11 di Beijing hari ini.
Ketika menjawab pertanyaan mengenai pilihan raya Rusia dan prospek hubungan China-Rusia, Yang Jiechi berkata, China berharap rakyat Rusia memperoleh pencapaian yang cemerlang dan merangsang semula pembangunan negara itu.