Menyokong Pembangunan, memelihara kedamaian dan mendorong kerjasama merupakan tumpuan usaha diplomatik China tahun ini.
Menteri Luar, Yang Jiechi dalam sidang medianya di Beijing berkata, ke arah itu, China akan mengukuhkan persahabatan dan kerjasama dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa dan serantau.
Disamping itu, usaha juga digiatkan untuk memperluas kepentingan bersama dan menangani cabaran global demi memastikan kedamaian dunia dan merangsang pembangunan bersama.