China mengalu-alukan peranan konstruktif AS di Asia-Pasifik, dan pada masa yang sama AS juga perlu menghormati kepentingan China di rantau ini.
Menteri Luar China, Yang Jiechi dalam sidang medianya di Beijing berkata, China memandang hubungannya dengan pelbagai negara sama penting untuk membina dunia yang lebih baik dan saksama. Justeru, semua pihak perlu bersama-sama untuk mewujudkan Asia Pasifik yang aman, stabil dan makmur.