Cari:
Laporan Kerja Kerajaan China Menarik Perhatian Media dan Sarjana ASEAN
2012-03-07 15:30:18 CRI Cetak

Laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao dalam sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) kini mendapat perhatian media dan sarjana negara-negara ASEAN, terutamanya langkah-langkah kerajaan bagi memperbaiki kehidupan rakyat serta inisiatif ke arah menurunkan pertumbuhan ekonomi negara.

Naib Presiden Akademi Diraja Kemboja, Encik Sum Chhum Bun dalam temu bual bersama wartawan CRI berkata, pembangunan sosioekonomi China bukan sahaja menjadi tumpuan perhatian rakyat China sendiri, malah dianggap penting bagi pelbagai negara yang lain di dunia, khususnya negara-negara ASEAN. Menurut beliau, laporan itu memberikan keutamaan kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat. Usaha itu digariskan sebagai tugasan utama kerajaan China dan selaras dengan konsep pentadbirannya yang "mengutamakan kepentingan rakyat". Beliau yakin China boleh mencapai matlamat pembangunan sosioekonomi pada tahun ini, di samping mewujudkan kaedah pertumbuhan ekonomi yang baharu dan menyusun semula struktur ekonomi.

Akhbar Rakyat Laos semalam menerbitkan artikel yang bertajuk "Kerajaan China Menjanjikan Perhatian yang Lebih Besar kepada Kehidupan Rakyat", untuk merumuskan laporan kerja kerajaan China tersebut. Artikel itu berbunyi bahawa tahun ini merupakan masa amat penting bagi menjayakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12 China. Kerajaan China berjanji akan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat, di samping berikrar untuk memperbaiki lagi kehidupan rakyat di negara ini.

Akhbar Vientiane Mai Laos dalam laporannya mengulas bahawa matlamat pertumbuhan ekonomi China kini diturunkan kepada 7.5% daripada 8% pada tahun lepas. Perkara ini memperlihatkan titik utama perkembangan ekonomi kini beralih kepada bagaimana mewujudkan kaedah pertumbuhan ekonomi baharu yang lebih efisien dan berkualiti.

Pandangan seumpama itu turut dikeluarkan oleh beberapa agensi berita negara ASEAN yang lain. Laman web Asia Satellite TV-Manager Thailand dalam liputannya berkata, pertumbuhan KDNK China bukan sahaja berkaitan dengan kehidupan rakyatnya sendiri, malah merupakan peneraju penting kepada perkembangan ekonomi dunia. Sungguhpun begitu, penurunan matlamat pertumbuhan ekonomi secara proaktif berfaedah untuk mengelakkan risiko daripada perkembangan yang terlalu pesat dan juga menyediakan syarat untuk memperbaiki struktur perdagangan luar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China