Cari:
Sektor Sumber Tenaga China Stabil Namun Hadapi Tekanan
2012-03-08 15:39:26 CRI Cetak

Sektor gunatenaga di China masih stabil walaupun menghadapi tekanan besar.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, Yin Weimin dalam sidang media Sidang Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-11 semalam.

Keadaan itu berikutan terdapat begitu ramai pencari pekerjaan sedangkan pasaran kerja tidak seimbang. Struktur gunatenaga dan peluang pekerjaan menghadapi keadaan yang sukar. Pada tahun ini, dijangkakan bandaraya dan bandar kecil di China akan menyaksikan kira-kira 25 juta lagi pencari kerja dengan separuh daripadanya adalah graduan universiti dan kolej. Manakala 9 hingga 10 juta penduduk di kawasan luar bandar akan berhijrah mencari peluang pekerjaan di tempat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China