Sidang pleno ke-2 bagi Sidang Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 diadakan hari ini. Para peserta mendengar dan membahas draf pindaan Undang-undang Prosedur Jenayah yang mencakupi prinsip perlindungan hak dan kebebasan dalam prosiding jenayah.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wang Zhaoguo menjelaskan, semakan kepada undang-undang itu berkait rapat dengan hak asasi rakyat China seperti kebebasan dan menghormati serta memelihara hak. Ia juga mencerminkan latarbelakang sistem sosialis dalam badan kehakiman China.
110 fasal terlibat dalam semakan kali ini termasuk perlindungan keselamatan saksi, melengkapkan syarat reman dan pemakluman kepada waris penjenayah.