Cari:
Pindaan Kanun Prosedur Jenayah Tumpukan Perlindungan Hak Asasi Manusia
2012-03-09 14:53:25 CRI Cetak

Sidang pleno ke-2 Sidang Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-11 yang diadakan semalam mula membahaskan draf pindaan Kanun Prosedur Jenayah. Pindaan ini merupakan pindaan kali kedua terhadap kanun itu sejak tahun 1996. Draf pindaan itu menggariskan perlindungan hak warganegara dalam prosiding jenayah.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wang Zhaoguo dalam sidang semalam menjelaskan prinsip pindaan Kanun Prosedur Jenayah kali ini kepada kira-kira 3,000 peserta. Kata beliau,

" Untuk menyelaraskan hukuman terhadap penjenayah dan perlindungan hak asasi manusia bagi orang yang tidak bersalah, kanun ini perlu dipinda dan disempurnakan untuk memastikan siasatan dijalankan dengan teliti supaya penjenayah mendapat hukuman yang setimpal di sisi undang-undang, sementara orang yang tidak bersalah dilindungi, hak asasi manusia mereka dihormati dan terpelihara. Selain itu, undang-undang itu akan melindungi hak tuntutan mahkamah dan hak lain yang sah rakyat China."

Berdasarkan ucapan tersebut, prinsip "menghormati dan melindungi hak asasi manusia" yang ditetapkan dalam Perlembagaan China telah dimasukkan dalam prinsip utama draf pindaan kali ini. Sehubungan dengan ini, ahli penyelidik Institut Ilmu Perundangan Akademi Sains Sosial China, Profesor Wang Minyuan menganggap langkah ini akan membantu menghalang penderaan untuk mendapatkan pengakuan dilakukan semasa soal siasat. Kata beliau,

"Penderaan merupakan cara yang paling tipikal untuk memaksa suspek mengakui kesalahan ketika soal siasat. Draf pindaan menghalang kekerasan digunakan terhadap sesiapa pun untuk memaksa mereka mengakui kesalahannya. Saya menganggap pindaan ini juga akan membantu melindungi hak asasi rakyat China."

Untuk mencegah penderaan berlaku pada peringkat akar umbi, draf pindaan ini memperbaiki sistem termasuk menghalang bukti diperolehi secara tidak sah. Selain itu, untuk mencegah kekerasan dilakukan ketika soal siasat, draf pindaan mencadangkan sistem perakaman proses menyoal siasat diadakan di kem tahanan.

Di samping itu juga, satu pindaan yang melibatkan pertimbangan perasaan manusia dalam draf pindaan kanun itu adalah tidak lagi memaksa isteri atau suami, ibu bapa dan anak orang kena tuduh memberikan keterangan dalam perbicaraan di mahkamah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China