Cari:
Pemimpin China Turut Bahas Bersama Wakil NPC
2012-03-11 15:59:15 CRI Cetak

Para pemimpin China termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC), Wu Bangguo dan Perdana Menteri, Wen Jiabao mengambil bahagian dalam perbahasan dengan perwakilan NPC dari pelbagai provinsi dalam sidang tahunan NPC di Beijing semalam.

Wu Bangguo menegaskan NPC akan terus memainkan peranannya bagi memastikan keamanan dan memacu pembangunan negara. Usaha pembangunan negara berdasarkan sosialisme bercirikan China perlu terus dipertahankan.

Selepas mendengar cadangan daripada wakil NPC daripada provinsi Sha'anxi, Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata, usaha inovasi dalam teknologi mempunyai prospek selepas krisis kewangan antarabangsa. Beliau mahu provinsi Sha'anxi proaktif mendorong inovasi serta pembaharuan sistem pendidikannya, bagi merangsang usaha itu di bahagian barat China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China