Cari:
China akan Teruskan Projek Tenaga Nuklear
2012-03-12 13:31:09 CRI Cetak

Pada 11 Mac tahun lalu loji tenaga nuklear Fukushima Jepun mengalami kebocoran ekoran gempa bumi yang dahsyat. Berikutan kejadian itu, kerajaan China telah menggangtung kelulusan kepada semua projek pembangunan tenaga nuklear. Berdasarkan maklumat ketika persidangan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), projek tersebut mungkin akan dipulihkan pada tahun ini. Menurut pegawai berkenaan, projek jana kuasa nuklear tidak akan dibangunkan secara terlampau. Teknologi yang paling canggih dan standard kawal keselamatan yang paling ketat akan digunakan untuk menjamin keselamatan projek nuklear tersebut.

Mengikut laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao pada 5 Mac lalu, China akan memperbaiki struktur tenaga serta membangunkan tenaga nuklear secara selamat dan cekap. Kenyataan ini dianggap sebagai isyarat bahawa kerajaan China akan memulihkan projek pembangunan tenaga nuklear.

Wakil CPPCC, Pengerusi Perbadanan Tenaga Nuklear Kebangsaan , Wang Binghua berkata, pemeriksaan terhadap kemudahan jana kuasa nuklear di seluruh negara sudah selesai. Kelulusan terhadap projek loji jana kuasa mungkin akan dipulihkan tidak lama lagi. Menurutnya,

"Setakat ini, 14 masalah ditemui dalam pemeriksaan tersebut. Setahu saya, sebahagian masalah tersebut sudah diperbaiki, dan sebahagian lagi akan ditangani dalam tempoh tiga tahun."

Tenaga nuklear hanya menduduki 1% dalam jana kuasa elektrik di negara ini. Angka itu jauh lebih rendah berbanding kadar purata dunia, iaitu 16%. Walau bagaimanapun, China merupakan negara yang mempunyai bilangan projek pembinaan loji nuklear yang paling besar di dunia. Tenaga nuklear akan menduduki 5% dalam jumlah tenaga elektrik China menjelang tahun 2020.

Jurucakap Persidangan ke-5 CPPCC ke-11, Zhao Qizheng berkata, China akan membangunkan tenaga nuklear dengan sistem kawalan keselamatan yang paling tinggi. Beliau berkata,

"Kerajaan China sedang membangunkan piawaian keselamatan nuklear dan rancangan penyelarasan pembangunan tenaga nuklear dalam jangka panjang untuk meningkatkan keupayaan tahan bencana alam dan menjamin keselamatan operasi loji jana kuasa."

Setakat ini, China sedang mereka bentuk dan membina loji nuklear generasi ketiga yang lebih canggih dan selamat. Wang Binghua berkata, China sudah mempunyai dasar dan rancangan yang sempurna dalam aspek tenaga nuklear. Kerajaan akan terus menggunakan teknologi yang paling canggih dan piawaian yang paling ketat untuk membangunkan tenaga tersebut pada masa depan. Beliau berkata,

"China tidak akan membangunkan tenaga nuklear secara terlampau. Kesemua projek yang sedang dibina dilancarkan di bawah rancangan dan dasar kerajaan. Projek-projek tersebut memenuhi piawaian undang-undang keselamatan nuklear China dan dunia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China