Cari:
Sidang NPC Teliti Laporan Kerja Mahkamah Dan Pendakwaan
2012-03-12 13:11:13 CRI Cetak

Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-11 di Beijing diteruskan dengan mesyuarat pleno ke-4 bagi mendengar dan membahaskan laporan kerja Mahkamah Tertinggi Rakyatdan Badan Pendakwa Raya Rakyat.

Presiden Mahkamah Tinggi Rakyat, Wang Shengjun membentangkan hasil laporan kerja sepanjang tahun lalu dan perancangan bagi tahun 2012. Beliau memberi jaminan sistem kehakiman yang lebih telus dan berkesan demi menegak keadilan bagi pembangunan sosioekonomi negara. Menurutnya, fokus akan diberi untuk melaksanakan pembaharuan sistem kehakiman dan menambah baik kualiti kakitangan mahkamah, meningkatkan taraf pengurusan mahkamah rakyat di akar umbi dan usaha berterusan bagi memperbaiki mekanisme pemantauan terhadap mahkamah.

Peguam Negara, Cao Jianming dalam laporan kerjanya pula berkata, institusi pendakwa raya akan meningkatkan siasatan dan pencegahan terhadap kes penyalahgunaan kuasa, mengukuh dan memperbaiki pemantauan terhadap prosedur litigasi dan mendorong semangat kerja berpasukan. Mereka juga perlu menerima teguran dan pengawasan terhadap penguatkuasaan badan itu daripada NPC dan anggota masyarakat.

Sidang tersebut turut dihadiri oleh barisan pemimpin negara seperti Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China